Good bye 2008, Welcome 2009…
Rasanya masih blm terlambat utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430, juga Masihi 2009 kepada anda semua. Semoga tahun baru ni membawa lebih kebahagiaan, kejayaan dan makna dalam hidup kita semua. Tanamkan azam, and stick to it! Bukan setakat menyatakan azam, tapi tiada usaha yang mengiringi azam tersebut. Biarlah kita betul2 berazam dan bertekad melaksanakannya. Azam itu perlu, dan biasanya diperbaharui setiap kali menjelang tahun baru. Boleh juga kita memperbaharui azam setiap kali tiba, misalnya hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Dengan adanya azam, maka kita ada satu panduan, target dan kayu ukur terhadap pencapaian dan hala tuju dalam kehidupan kita.
Azam aku tahun ni:
1) Nak siapkan buku Siri Nilai Murni Untuk Kanak2 yg dah tertangguh 2 tahun!!! ~ Sebenarnya tinggal lagi 20% je… tapi sebab 2008 yg lepas merupakan tahun yang begitu hectic buat aku, membuatkan kerja ni tertangguh. Ada juga dapat buat sikit tahun lepas, tapi nak menyudahkannnya tu…
2) Make sure laman web perniagaan internet terbaru aku dilancarkan menjelang Mei 2009 i.e. WomenBookstore.com
3) Lebihkan promosi utk laman web sedia ada - MotivasiHaji.com dan restructure laman web SofwareForMuslim.com
4) Cari duit lebih…. nak2 dalam keadaan ekonomi gawat ni.
5) Nak kuruskan badan!! ehehehe…. to beat the ageing process (dah 30s ni kan…) and to stay healthy.
War2kan azam aku kat sini bukannya apa. Azam dan target, kalau kita bagitau org lain, maka mereka boleh jadi pemerhati kepada tindak-tanduk kita. Contohnya kita kata nak kuruskan badan, tapi kita dok makan KFC sokmo, maka akan adalah kawan yang tolong tegurkan perihal tingkah-laku kita yang tak selari dengan aza kita tu… Lagi satu, bila dah kata nak buat something, contohnya aku nak siapkan buku utk kanak2 tu… mesti org akan tanya “apa cerita buku ko tu? Dah siap ke?” So, kalau ada azam di hati, jangan simpan sorang2… sekurang2nya bagitau pasangan atau sahabat karib anda.
Melangkah ke tahun baru tak bermakna kita lupakan terus tahun yang dah berlalu. Walaupun kita disarankan utk tidak menoleh ke belakang, dan terus maju ke depan utk terus berjaya, kita perlu juga menoleh ke belakang sekali sekala. Kenapa? Kerana kita harus mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku supaya kita boleh memperbaiki kelemahan dan tindakan kita, dan mengelakkan drpd mengulangi kesilapan yang sama. Dalam Islam pun kita dianjurkan untuk selalu muhasabah diri. Muhasabah diri tu maknanya kita renungkan kembali apa yg telah kita lakukan, menyesali kalau ada apa2 kesilapan dan cuba perbaiki kelemahan diri. Tapi tak perlulah kita asyik menoleh ke belakang (”jangan pandang belakang” haaa…. ehehehe), dan menangisi kelemahan dan nasib diri tanpa berbuat apa2 untuk bangkit kembali! Itu hanya akan melemahkan semangat kita untuk terus berjuang dalam kehidupan ini…
Bagi aku, tahun 2008 penuh suka duka. Yang paling bermakna adalah kelahiran another baby boy pada awal tahun 2008 (3hb Februari) yang pastinya menambah kegembiraan dan keceriaan dalam keluarga aku. Tapi 2008 juga merupakan tahun yang penuh kesibukan, dan exhaustion. Sibuk dengan kehadiran baby baru, banyak kerja dari rumah yg aku buat menjadi tak begitu terurus. Laman web perniagaan aku lambat di update kan… Kerja menulis buku pun terus tertangguh… Nak buat camne… ada anak kecil yang belum tahu erti masa, susah sikit la. Aku pulak bukan kerja makan gaji, pergi tempat kerja anak orang jaga. So, kenalah cuba curi-curi masa utk buat semuanya. Sudahnya, berjaga la aku sampai pukul 2 3 pagi kalau nak jugak siapkan sesuatu! Tapi Alhamdulillah, MotivasiHaji.com semakin mendapat sambutan dan kepercayaan pelanggan seluruh Malaysia. Makin ramai yang berani membeli melalui internet. Syukur….. Tahun 2008 juga merupakan tahun di mana aku dedicate the least time for my self, and most for others. Dan banyak juga inner conflict yang berlaku dalam diri aku. I sometimes losing faith in what I do now (working from home), dan sama ada aku nak teruskannya atau tidak… Biasalah, godaan bila tengok kawan2 yang bekerja mewah berbelanja, senang dapat apa yang diorg nak, tak perlu tangguh perancangan yang melibatkan kos yang agak banyak dan seumpamanya. Tapi apa pun, aku kena tepis juga semua godaan ni kerana aku masih belum sampai hati untuk keluar bekerja dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dalam jagaan orang lain! Faktor penariknya adalah anak2 aku… dan mereka jugalah faktor penolak utk aku bekerja. Takpe, banyak lagi alternatif selain keluar bekerja… perniagaan internet aku boleh digiatkan lagi, dan banyak lagi peluang perniagaan yang boleh aku lakukan dari rumah. Perlu lebih bersabar dan lebih rajin bila memilih jalan yang unconventional…
Dari segi sosial, tahun 2008 memberi aku ruang dan peluang utk buat kawan baru, terutamanya masa Aidilfitri yang lepas dan aku sekarang taklah hanya terperuk di rumah macam “katak bawah tempurung”. Dunia sosial aku semakin luas dan aku berpeluang join aktiviti di kawasan kejiranan aku yang tercinta, Saujana Utama 3….
Suku akhir 2008 juga menyaksikan aku dapat meluaskan horizon kenalan bilamana aku berpeluang menyimpul tali persahabatan dengan exchange student dari Jerman yang menyewa di depan rumah kami. Nanti aku akan post pasal ni…
So, semoga tahun baru ni kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Ada saying yang aku pernah dengar, tapi tak pasti originated dari siapa:
Orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang berjaya, yang hari ini sama seperti semalam adalah orang yang terpedaya, dan hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka…
Jadi sama2lah kita renungkan di tahap manakah kita, dan tingkatkan prestasi dalam semua aspek kehidupan kita, baik pekerjaan yang dilakukan, ibadah kita, perhubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, juga contribution kita kepada keluarga dan masyarakat kerana semua yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan dan disoal di akhirat sana…. Jangan lupa perkara pokok yang kita hidup untuk mati. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih hidup di tahun baru ini untuk terus menikmati kehidupan dan berbakti….
Salam Tahun Baru,
~Mazneera, SU3, Sg Buloh. 3hb januari 2009~
on January 10th, 2009 at 10:14 am
Salam…Lama tak jengah. Slmt tahun baru untuk Mazny sekeluarga. Harap Ahad ni berjaya dapatkan buku tulisan Mazny digerai jualan.