“Sayang anak tangan-tangankan…”
Dua minggu lepas aku tengok slot cerekarama di TV3, sebuah drama bertajuk “Dimanakah Kasihmu” lakonan Vanida Imran, Rashidi, Shukri Hashim, Normah Damanhuri. Actually, I’m not a big fan of Malay drama, tapi kalau ada drama yang menonjolkan cerita2 kehidupan yang menarik minat aku, aku akan tengok sampai habis. Kalau takat cerita berebut harta, dengki sesama jiran, bunuh dan bergaduh dengan keluarga, ipar duai kerana kes dengi dan berebut harta (see?? topiknya selalu berkisar tentang benda yang lebih kurang sama, nak-nak drama kat RTM1 dan 2.) aku memang tak layan sampai ke penghujung cerita. Kalau ada sesapa bukak channel masa cerita tu, aku tengok sesambil aku ada kat ruang tamu tu. Kalau harap aku yang nak bukak tengok… mmg tak la… It’s so not me! Lagi pun, seorang jiran aku pernah kata, “Apa2 cerita yg kita dok tengok kat TV akan mempengaruhi pemikiran kita terhadap kehidupan kita dan seterusnya membentuk cara kita menghadapi kehidupan dan menangani masalah yang timbul dlm hidup kita ni.” Aku cakap kat dia, “Kalau tak silap aku, dalam istilah omputih, diorang kata ‘The Law of Atrraction’…” Aku pun tak kaji lagi bab Law of Attraction ni… I will, later…
So, berbalik kepada drama Dimanakah Kasih tadi, yang disiarkan sempena nak menyambut Hari Raya Korban yang lalu, di permulaan ceritanya, si ayah (lakonan Shukri Hashim) tengah baring, tak berapa sihat. Tiba2 telefon berbunyi. Anaknya, Siti (Vanida Imran) yang telefon, nak bagitau nak balik kampung minggu ni. Belum sempat ayahnya nak bertanya khabar cucu2… dia dah letak telefon. Ayah dia terkedu je… Lepas tu ayah dia terus la nak ke kebun, nak ambik buah kelapa muda sebab si Siti ni suka minum air kelapa muda. Mak dia (Normah Damanhuri) tak bagi Ayah pegi… sebab tengah tak sihat, tapi si Ayah ni berkeras jugak.
à Macam tu lah mak bapak kita… Klu dengan anak2 ni… seboleh2nya nak usahakan utk dapatkan apa yang anak2 suka. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih ada…
Pegi kebun, sekali kena timpa buah kelapa kat bahu, dah makin sakit… Malam tu, sedang Mak dia urut bahu Ayah dia, Siti telefon lagi, kata tak jadi balik pulak… Sedihlah hati org tua tu… Si Ayah luahkan kat isterinya, kata kenapalah anak dia tak mesra dgn dia, tak dan habis cakap cepat2 letak telefon, kalau salam pun dengan hujung jari je…
à Aku pun rasa sebak sangat bila tengok babak ni… Aku rapat dgn Abah aku, so bila tengok Shukri Hashim pakai T-shirt pagoda, dengan wajah yang semakin dimamah usia, membuatkan aku terkenangkan Abah aku… Tapi aku tak la mcm perangai si Siti tu ye…
Lepas tu banyak lagi babak yang menunjukkan betapa Siti ni tak nak rapat dengan ayah dia. Bila suami dia ajak balik kampung, dia bagi macam-macam alasan – kesian Pak Mertua pun tak sihat la, sibuk la, nanti la etc. Pastu alih-alih dia telefon Mak dia, kata laki dia sibuk, sebab tu tak dapat nak balik kampung. Sampaikan Ayah dia dah makin tenat kat kampung pun, dia reluctant jugak nak balik.
à Kita akan nampak yang Siti ni melebihkan keluarga mertua dari keluarga sendiri. Memang sebagai anak perempuan, lepas kawin, tanggungjawab kita lebih kepada suami dan ibu bapa suami. Tapi dalam kes ni, suami sendiri dah bagi izin balik kampung, tapi Siti yang tak nak. Itu yang buat penonton tertanya-tanya… apa masalah Siti ni sebenarnya??
At last, Ayah Siti yang sakit semakin tenat dan akhirnya meninggal dunia, hanya ditemani oleh si isteri yang setia. Mak Siti terus call dia utk bagitau yang Ayahnya dah meninggal. Siti cuma cakap yang dia tak dapat balik. Mak dia tanya, “nak tengok tak wajah Ayah buat kali terakhir? Klu nak, mak tunggu Siti balik. Klu tak, mak nak percepatkan pengebumian Ayah.” Dengan muka selamba, Siti menjawab, “Takpelah… mak kebumikan je Ayah…”
à Sampai tahap macam tu keringnya hati Siti bila dengan ayahnya! Kita yang biasa-biasa ni mesti tak dapat menerima reaksi Siti yang semacam begitu kejam dan tak mengenang budi.
Rupa-rupanya, Siti ni masa kecik teruk kena dera dengan Ayahnya. Bila dia buat salah, Ayah dia pukul dengan teruk, tak padan dengan kesalahan dan umur dia pada waktu tu. Siti pulak banyak berkawan dengan kawan2 lelaki yang nakal, yang mencuri makan buah tembikai orang kampung, ikat ayam orang etc. Itu sebabnya Ayah dia marah. Dan disebabkan selalu kena pukul, Siti jadi takut, benci dan tak mesra dengan Ayahnya. Dan bila Ayahnya dah tua, dah mula cool down dan lebih penyabar, dia pula tertanya2 di manakah kasih anaknya kepadanya.
Pengajaran cerita:
Pukul anak untuk tujuan mendidik dibolehkan dalam Islam, selagi pukulan itu bukan di tempat2 yang boleh mencederakan dan membahayakan si anak seperti di kepala, dan badan. Jangan memukul dalam keadaan marah, dan tidak boleh pula mengangkat tangan sehingga menampakkan ketiak dan menghayunkan tangan dengan kuat. Mengikut cara Islam, salah satu contoh adalah memukul menggunakan kain yang digulung, dan bukannya menggunakan kayu dan seumpamanya. Sebab itu kalau dilihat peribahasa melayu, “sayang anak tangan-tangankan”. Kenapa hanya ‘tangan-tangankan’? Sebab anak kalau terlalu dipukul dan dihentam, akan hanya membuatkan mereka takut dan benci kepada kita, dan bukannya hormat kepada kita. Di depan kita mereka nampak baik, pijak semut pun tak mati. Akan tetapi di belakang kita, mereka berkelakuan liar, seolah2 meraikan kebebasan mereka bila berjauhan dengan ibu bapa. Kalau terlalu dimanjakan sampai tak pernah langsung dijentik, akan hanya membuatkan mereka ‘naik lemak’ dan tiada rasa hormat terhadap ibu bapa. Tengok saja cerita “Anakku Sazali”… kerana terlalu berlembut dengan anak, akhirnya si Sazali menjadi penyangak besar dan tergamak pula memukul dan melawan bapanya sendiri yang selama ini begitu kasih dan menatangnya bagai minyak yang penuh. Jangan kita merosakkan anak kita dengan kasih sayang yang tiada sempadan, kelak kita juga yang rugi dan merana. Kalau semua kemahuan anak kita turutkan, maka nanti jadilah dia “spoilt brat” dan bila guru atau orang lain mahu menegur dan memarahi kesalahan mereka, akan keluarlah ungkapan sebegini: “Bapak aku pun tak pernah jentik aku tau!” Sudahlah cakap ibu bapa taknak dengar, orang lain pula langsung tak boleh nak tegur. Akhirnya jadilah si anak seorang yang rosak akhlaknya, cela tingkah-lakunya. Salah siapa? Sudah tentu ibu bapa yang tidak mahu “melenturnya ketika si anak masih lagi rebung…” Melalui peribahasa Melayu kita dapat lihat betapa orang dulu2 telah memberikan kiasan tentang bagaimana cara mendidik anak2. Cuma ibu bapa sekarang yang terlalu terikut2 dengan cara moden dan kebaratan, yang mengambil pendekatan “melayan anak sebagai kawan” dan seumpamanya. Tidak salah mengadaptasikan budaya yang baik, tetapi jangan sehingga tidak ada beza dan sempadan di dalam hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak, sehingga tidak ada rasa hormat dan kepatuhan terhadap ibu bapa. Sama-samalah kita renungkan….
Macam kes Siti tadi, dia akhirnya dapat belajar sampai ke luar negara dan jadi “somebody”, dan berjaya dalam kerjayanya. Kalau Ayah dia biarkan saja dia kawan dengan budak-budak nakal, tentu dia akan hanyut kealpaan dan tak berjaya macam tu. Cuma silapnya sebab Ayah dia ikutkan hati dan panas baran sehingga ke tahap mendera. Dan bagi aku, kita sebagai anak, seburuk mana pun ibu bapa kita, maafkanlah mereka… kerana tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini, dan doakan supaya mereka lembut hati, dan dilorongkan ke jalan yang benar. Semoga mereka beroleh Syurga di Akhirat sana…
~Mazny, 16 Disember 2008, Saujana Utama, Sg. Buloh~
on December 17th, 2008 at 2:27 am
Salam. Lama tak ke blog kamu. Pasal cerita kat atas tu, memang terjadi kat depan mata ni. Memang realitinya, itulah kesan jika kita menghukum anak ikut hati yang sedang marah. Bila dah tua, Allahhuakhbar, mintak jauh dari terjadi pada kita. Moga sama-sama dapat memberi keinsafan & pengajaran kepada kita.
on December 18th, 2008 at 1:11 am
Assalamualaikum Kak Mazny,
Lama tak “jumpa”?hehe..mudah2an akak sihat hendaknya.
Mengenai topik ni, nana rasa kita perlu sayang anak tangan-tangankan jika dia tinggalkan solat selepas usia 10 tahun. But then, as parent kita kena juga ajar dulu cemana nak solat & ceritakan kelebihan solat sebelum usia wajib solat.
Hari ni ramai org tangan2 kan kalau anak tak baca buku, atau tak dengar kata..Tapi bila time tak ikut perintah Allah, mak nbapak buat dek je..Tu yg silap tu..
Papepun, nak ajar anak mestilah dgn cara yg hikmah. Ada tarhib ada targhib. Baru balance. Ye tak?
p.s: Jemput datang blog nana. Best kalau dapat baca komen akak di sana…hehe.
Askum
on December 22nd, 2008 at 6:47 am
Thanks kak sapiah n nana sbb masih sudi menjengah ke blog saya ni
Mcm nana kata tu betul… nak tangan2 kan anak2 bukan setakat membetulkan kesilapan mereka dlm hal2 duniawi… tapi yg lebih penting dlm bab2 agama… mengajar mereka hukum-hakam, halal haram. Sbb tu Islam menganjurkan slps umur 10 tahun, anak masih tak solat boleh dipukul.