Bibit persahabatan di bulan Syawal…
Tahun lepas merupakan Syawal pertama kami di Saujana Utama 3 ini. W’pun seronok berhari raya di rumah baru, namun suasananya tak semeriah tahun ini. Masa tu, penduduk yang mendiami kawasan perumahan baru ini masih boleh dikira. Dua kali aku mengadakan rumah terbuka utk mempelawa kawan2 dan saudara mara ke rumah baru kami. Aku tengah mengandung 5 bulan waktu tu, jadi masih boleh gagahkan diri lagi menyediakan segala macam juadah.
Tahun ni merupakan Syawal paling manis dalam hidup aku. Dengan pertambahan penduduk di SU3, kemeriahan raya kali ini sungguh terasa. Seawal hari raya ke4, sebaik saja kami sampai dr kampung, rumah kami telah dikunjungi tetamu. Dan selepas itu, sepanjang 2 minggu pertama hari raya, boleh dikatakan setiap malam ada saja rumah yang mengadakan open house. Kadang2 tu sampai 3 buah rumah satu malam! Tanpa mengira hari kerja atau pun tidak. Kalau jarak rumah tu dekat, kami akan berjalan kaki beramai2… macam suasana di kampung pulak. Begitulah akrabnya silaturrahim kami di SU3 ni. Alhamdulillah… semangat macam inilah yang aku harapkan bila dapat tinggal di kawasan yang hampir 100% penghuninya berbangsa melayu. Dan 1 Nov ini akan diadakan Jamuan Perdana Hari Raya yg dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Saujana Utama 3. Menunya: Kambing 3 ekor, lemang, ketupat, rendang, laksa, kuih muih dan macam2 lagi… Pergghh! Memang dahsyat! Kalau nak tengok betapa aktifnya komuniti kami, boleh la cuba layari portal kami di: http://www.saujanautama3.com
Dan bagi aku secara peribadi, bulan Syawal ni telah membibitkan tali persahabatan dengan beberapa orang daripada kaum2 ibu di sini yang kami gelar “Geng Terjah”
Kenapa terjah? Sebab kami tak menolak jemputan berhari raya ke rumah jiran tetangga. Tujuannya adalah utk meluaskan lagi lingkungan kenalan dan merapatkan silaturrahim. Kita ni hidup berjiran di kawasan yang majoritinya bangsa Melayu, jadi kenapa kita nak hidup macam kera sumbang dan hanya buat hal sendiri2 je kan? Hidup aku yg selama ni hanya berkisar di dalam rumah dan sekitar rumah aku sendiri, kini semakin terbuka. Kalau dulu, aku tak berpeluang menambah kenalan baru, kini aku dah ada ramai kawan yang sudah tentunya banyak persamaan kerana kami semua adalah ibu dan isteri. Banyak perkara yang boleh diperbualkan, dikongsikan bersama. Dah semestinya ini menambah nilai dalam hidup aku yang dulunya suram dan hampa… (ewahhh…
) Dan inilah juga kawan2 yang mana “will grow old together” dan semoga persahabatan yang baru terjalin ini akan terus mekar sehingga ke usia tua…. To “Geng Terjah” Kak Maz, Kak Norol, Kak Sally, Umie, Sha, Masytah, Emma, Rina, Suzie dan jiran2 di SU3 - Kak Nor, Kak Ita, Kak Has, Along, Kak Aznie, Kak Mira, Mas (ada 3 4 orang Mas di SU3), Siti, Kak Ati, Kak Ina, Kak Izan, Ila dan lain2 (yg namanya mungkin tak disebut di sini) - terima kasih di atas salam persahabatan yang dihulurkan…



on October 30th, 2008 at 5:52 pm
wah terharunya rasa baca ttg semngat kekitaan/kejiranan di su3 ni..mmg tidak dinafikan satu keakraban telah wujud..
on October 30th, 2008 at 6:26 pm
salam, alhamdulillah sy pon bersyukur semangat kejiranan di sini sgtt la baik sbb insyaAllah kita semua lama dok berkampung kat SU3 ni kan…
on October 30th, 2008 at 7:19 pm
mmg syok tinggal kat SU3,…kalo dulu masa tinggal kat rumah flat..saya tak merasa semua ni, event kalo kat kampung pun dh susah nak rasa keakraban begini, semoga persahabatan kaum ibu terjah ni akan lebih akrab di masa2 akan datang.
To Mazny..nice blog keep it up..
on November 2nd, 2008 at 5:45 am
cayalah mazny buat cerita pasal su3. memang meriahkan raya kita tahun ni. harapan akak, tahun2 depan still mcm ni dan mungkin bertambah kaum terjah kita. seronokkan….
kita perluaskan terjah kita ke jln teratai pulak….jiran2 suzi. suzi berkenalan dulu dgn diorg, nanti kenalkan kat kami yek…