~Bicara Kehidupan~

October 28th, 2008

A moment of my own…

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam semua…

Hari Ahad lepas, aku dan kaum ibu in my neighbourhood are supposed to have senamrobik activity, yang kembali disambung selepas berehat selama sebulan sepanjang bulan puasa. Nak membuang semula lemak2 yang mula terkumpul di badan sementelah beraya sakan, makan sakan segala macam kuih-muih, ketupat, lemang, rendang etc. Almaklumlah… kawasan kejiranan aku ni tersangat la aktifnya dan mempunyai hubungan yang akrab. Sepanjang sebulan beraya ni, hampir setiap malam ada undangan makan2 sempena hari raya di rumah2 jiran, baik sebelah rumah mahu pun yang jauh. Satu malam kadang tu sampai 3 4 rumah. Tawaf sakan la kami… mmg tak payah masak utk dinner la.. Tawaf lak kadang tu jalan kaki ramai2… mmg macam suasana di kampung. Suatu suasana yang semacam hampir pupus di kawasan kejiranan di  bandar masa kini. Alhamdulillah… aku bertuah dapat mendiami kawasan kejiranan sebegini… yang memberikan aku “a value of life” yang aku cari-cari selama ini. Aku akan bercerita lebih panjang tentang tempat tinggal aku dalam post yang lain. For the time being, lets continue with my main story… “A moment of my own”… Apa agaknya kisahnya ye? Kita sambung balik…

Aku keluar dari rumah pukul 7.45 pagi. Terlambat 15 minit dari schedule. Si Marwan tu, elok aku nak gerak je dia nak menyusu lak… Better sumbat cepat sebelum dia fully wake up! Kang lagi susah aku nak bergerak. Mmg setiap kali aku nak senamrobik, husband aku dah setuju nak jaga anak2 selama sejam sepeninggalan aku. Sebenarnya tak la perlu jaga apa pun. Semua pakat2 tidur je… Aku decide nak naik kereta sbb in case takde sapa kat padang, senang je aku nak patah balik. Taklah segan aku nak menapak sorang2. Aku lalu depan rumah jiran yang conduct senamrobik tu - Kak Norol namanya… Tengok2 dia tengah gardening? Aik?? “Apa sudah jadi dengan senamrobik? Takde ke?” Tanya aku kepada K. Norol. “K. Norol dah ke sana… takde orang pun.” Hmmm… nilah masalahnya. A bit lack of commitment. Bukan apa, kita kaum ibu ni payah sket… Kadang tu terpaksa cancel last minute sbb anak meragam la… demam laa… and one more reason, ramai jugak yg tak tau tentang aktiviti ni dah disambung balik. Last2 K. Norol ajak aku berkebun ngan dia. “Kot nak keluar peluh…” katanya. Aku no hal… setakat nak mencangkul gali lubang nak tanam 5 6 pokok tu, kejap je aku boleh siapkan. Tapi last2 aku saja ajak K. Norol main badminton. Dia pun set je… Kitorg main dekat kawasan padang, dengan harapan ada lagi yang datang nak join senamrobik, dan akan nampak kitorg kat situ. Berpeluh jugak la… sambil main sambil berborak. Dah lama aku tak main badminton. Ada la dalam 8 tahun (sepanjang usia perkahwinan tu…) How much I miss badminton… coz this was my kind of game, apart from hockey. Nak kata hebat sangat tu takde laa… Tapi cukup jugak la utk jadi wakil A-Level dan PPP ITM untuk PESUMA (Pesta Sukan Matrikulasi) ;)
15 minit jugak la kitorg main, barulah nampak kelibat sorang jiran ni muncul. Kak Maz namanya - kat tempat aku tinggal ni je ada 6 7 orang nama Maz/Mas (ni setakat yang aku kenal!) Terpaksalah aku beralah… suruh panggil aku Mazny. Elok la jugak tu… Nama ni pun sinonim ngan aku masa zaman belajar dulu. Kak Maz yang first time nak join senamrobik ni pun hampa je… sbb aktiviti terpaksa dibatalkan kerana tak cukup korum. Sudahnya K. Norol suggest kitorang breakfast kat rumah dia. Hmmm… turunkan berat badannya takde, lagi nak menambah ada! hehehe…

Masuk je rumah K. Norol, aku terpaut hati dengan suasana ruang tamunya. Dengan hiasan dalaman yang lebih cenderung kepada konsep Modern & Simple English, ruang tamunya tampak cosy, comfy and welcoming. Rumah k. Norol ni corner lot, jadi ada dua tingkap kecil di ruang tamunya. Cahaya matahari menerobos masuk melalui tingkap2 tu, yang cuma disaluti langsir sheer bercorak tumbuhan. Perrgghh! Suasananya mengimbau suasana ruang tamu di sebuah kediaman di England! (kak Norol kalau baca jangan kembang lebih2 tau…. hehehe :P ) Yang pastinya, hiasan ruang tamunya benar2 menambat hati aku, dan mendatangkan semacam perasaan nostalgia kepada aku… Ni la gambar ruang tamunya:

Suasana ruang tamu yg menggamit nostalgia...

Suasana ruang tamu yg menggamit nostalgia...

Lepas tu aku dan kak maz dijamu dengan pulut+ikan pekasam, dan juga laksa. Alkisahnya, pulut+ikan pekasam tu merupakan menu sarapan pagi sempena kuliah subuh di surau. Pulut ada lebih, so husband K. Norol bawak balik rumah. Husband aku yg sponsor ikan pekasamnya (my husband is from lenggong - a place of origins of the best ikan pekasam in M’sia), dan aku yang menggorengnya subuh2 tu.. Habis licin ikan pekasam goreng. Kat rumah k. Norol, kitorg goreng lain. Sedap jugak rupanya… aku pun tak pernah cuba sebelum ni. Kat rumah sendiri ada, alih-alih makan kat rumah orang. Apa daa…. ;)
Makan, sambil minum teh dan berbual dengan kawan-kawan… I really enjoyed that moment! A moment of my own… tanpa kehadiran dan riuh-rendah anak2 yang sering membuatkan perbualan aku terganggu, rasa free… tangan pun free, takde nak dokong si Marwan (rasa kekok, like somethin’s missing pun ada…) Sebelum ni aku tak berpeluang menikmati waktu sebegini… dapat lupakan sebentar tanggungjawab aku kepada anak2, keluarga, dan suami… It’s just me… Me alone! For me… that was considered as something luxury. Yup! Wanita lain yang bekerja, mungkin ada banyak masa untuk diri sendiri masa di tempat kerja - waktu breakfast, lunch, minum petang… Tapi aku, pagi petang siang malam, sentiasa dikelilingi oleh anak2 yang masih kecil… yang banyak kerenahnya, yang belum betul2 mengerti tentang masa… Pendek kata, takde istilah bersendirian utk aku… kecuali dalam bilik air. Tu pun kadang2 anak2 aku dok ketuk pintu la, si kecik menangis la… Kelam kabut aku sudahkan urusan dan keluar! hehehe…

Aku patut luangkan lebih masa untuk diri sendiri sebegini. Tak dapat kerap, seminggu sekali pun jadilah… Teringat aku macam dalam drama “Desperate Housewives” yang mana Lynette, Bree, Gabriel, Susan selalu berkumpul minum petang sesama sendiri… melepaskan lelah seharian menguruskan hal-ehwal rumahtangga, suami dan anak2… Thanks k. Norol and k. Maz for the experience… Seems like small thing, but I do consider it as a big deal. It was truly a moment of my own, a moment of luxury…….

“enjoy each and every moment of life… kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.. yang tinggal hanya memori dan nostalgia untuk dikenang…”

~Mazny, Syawal 1429H~



3 Responses to ' A moment of my own… '

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' A moment of my own… '.

  1.    umiadam said,

    on October 29th, 2008 at 1:19 am

    sedapkan dpt makan ikan pekasam, nak lak dgn pulut…marbeles rasanya

  2.    seeda said,

    on October 31st, 2008 at 6:40 pm

    syioknya dapat bersosial without the children…wish i can have my “own moment” too :)

  3.    Mazny said,

    on November 1st, 2008 at 9:30 pm

    You should shida! Klu ada peluang to do so, just grab it! Mmg seronok klu dpt spend masa, being ourselves again… Not “mama”/”wife”… :)

Leave a reply