~Bicara Kehidupan~

October 30th, 2008

Bibit persahabatan di bulan Syawal…

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized
Syawal 1429 telah berlalu pergi… Namun banyak kenangan manis yang terpahat di dalam bulan Syawal tahun ini. Kalau dulu, Syawal bagi aku merupakan hari kemenangan sesudah berpuasa sebulan, dan kemeriahannya hanya dirasakan sampai hari raya ketiga sahaja. Ketika berjumpa sanak saudara di kampung (dari Lenggong-Sitiawan-Mambau, Seremban). Selepas itu, hanya sesekali kami memenuhi jemputan rumah terbuka kawan2 atau saudara mara. Sekali-sekala, amat jarang sekali sebenarnya, rumah kami di Kepong dikunjungi tetamu yang datang berhari raya.

Tahun lepas merupakan Syawal pertama kami di Saujana Utama 3 ini. W’pun seronok berhari raya di rumah baru, namun suasananya tak semeriah tahun ini. Masa tu, penduduk yang mendiami kawasan perumahan baru ini masih boleh dikira. Dua kali aku mengadakan rumah terbuka utk mempelawa kawan2 dan saudara mara ke rumah baru kami. Aku tengah mengandung 5 bulan waktu tu, jadi masih boleh gagahkan diri lagi menyediakan segala macam juadah.

Tahun ni merupakan Syawal paling manis dalam hidup aku. Dengan pertambahan penduduk di SU3, kemeriahan raya kali ini sungguh terasa. Seawal hari raya ke4, sebaik saja kami sampai dr kampung, rumah kami telah dikunjungi tetamu. Dan selepas itu, sepanjang 2 minggu pertama hari raya, boleh dikatakan setiap malam ada saja rumah yang mengadakan open house. Kadang2 tu sampai 3 buah rumah satu malam! Tanpa mengira hari kerja atau pun tidak. Kalau jarak rumah tu dekat, kami akan berjalan kaki beramai2… macam suasana di kampung pulak. Begitulah akrabnya silaturrahim kami di SU3 ni. Alhamdulillah… semangat macam inilah yang aku harapkan bila dapat tinggal di kawasan yang hampir 100% penghuninya berbangsa melayu. Dan 1 Nov ini akan diadakan Jamuan Perdana Hari Raya yg dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Saujana Utama 3. Menunya: Kambing 3 ekor, lemang, ketupat, rendang, laksa, kuih muih dan macam2 lagi… Pergghh! Memang dahsyat! Kalau nak tengok betapa aktifnya komuniti kami, boleh la cuba layari portal kami di: http://www.saujanautama3.com

Dan bagi aku secara peribadi, bulan Syawal ni telah membibitkan tali persahabatan dengan beberapa orang daripada kaum2 ibu di sini yang kami gelar “Geng Terjah” ;) Kenapa terjah? Sebab kami tak menolak jemputan berhari raya ke rumah jiran tetangga. Tujuannya adalah utk meluaskan lagi lingkungan kenalan dan merapatkan silaturrahim. Kita ni hidup berjiran di kawasan yang majoritinya bangsa Melayu, jadi kenapa kita nak hidup macam kera sumbang dan hanya buat hal sendiri2 je kan? Hidup aku yg selama ni hanya berkisar di dalam rumah dan sekitar rumah aku sendiri, kini semakin terbuka. Kalau dulu, aku tak berpeluang menambah kenalan baru, kini aku dah ada ramai kawan yang sudah tentunya banyak persamaan kerana kami semua adalah ibu dan isteri. Banyak perkara yang boleh diperbualkan, dikongsikan bersama. Dah semestinya ini menambah nilai dalam hidup aku yang dulunya suram dan hampa… (ewahhh… ;) ) Dan inilah juga kawan2 yang mana “will grow old together” dan semoga persahabatan yang baru terjalin ini akan terus mekar sehingga ke usia tua…. To “Geng Terjah” Kak Maz, Kak Norol, Kak Sally, Umie, Sha, Masytah, Emma, Rina, Suzie dan jiran2 di SU3 - Kak Nor, Kak Ita, Kak Has, Along, Kak Aznie, Kak Mira, Mas (ada 3 4 orang Mas di SU3), Siti, Kak Ati, Kak Ina, Kak Izan, Ila dan lain2 (yg namanya mungkin tak disebut di sini) - terima kasih di atas salam persahabatan yang dihulurkan…

In this photo: Masytah, me, Umie, K.Norol, Fida, Rina, K.Maz, Suzie
In this photo: Masytah, me, Umie, K.Norol, Fida, Rina, K.Maz, Suzie
Terjah ke rumah Kak Sapiah, SBCR
Terjah ke rumah Kak Sapiah, SBCR (K.Maz, me, K.Sapiah, Sha & K.Sally)

Ines & Mike (exchange student fr Germany)-jiran kami yg turut berhari raya

Ines & Mike (exchange student fr Germany); Jiran kami yg turut berhari raya

 

October 28th, 2008

A moment of my own…

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam semua…

Hari Ahad lepas, aku dan kaum ibu in my neighbourhood are supposed to have senamrobik activity, yang kembali disambung selepas berehat selama sebulan sepanjang bulan puasa. Nak membuang semula lemak2 yang mula terkumpul di badan sementelah beraya sakan, makan sakan segala macam kuih-muih, ketupat, lemang, rendang etc. Almaklumlah… kawasan kejiranan aku ni tersangat la aktifnya dan mempunyai hubungan yang akrab. Sepanjang sebulan beraya ni, hampir setiap malam ada undangan makan2 sempena hari raya di rumah2 jiran, baik sebelah rumah mahu pun yang jauh. Satu malam kadang tu sampai 3 4 rumah. Tawaf sakan la kami… mmg tak payah masak utk dinner la.. Tawaf lak kadang tu jalan kaki ramai2… mmg macam suasana di kampung. Suatu suasana yang semacam hampir pupus di kawasan kejiranan di  bandar masa kini. Alhamdulillah… aku bertuah dapat mendiami kawasan kejiranan sebegini… yang memberikan aku “a value of life” yang aku cari-cari selama ini. Aku akan bercerita lebih panjang tentang tempat tinggal aku dalam post yang lain. For the time being, lets continue with my main story… “A moment of my own”… Apa agaknya kisahnya ye? Kita sambung balik…

Aku keluar dari rumah pukul 7.45 pagi. Terlambat 15 minit dari schedule. Si Marwan tu, elok aku nak gerak je dia nak menyusu lak… Better sumbat cepat sebelum dia fully wake up! Kang lagi susah aku nak bergerak. Mmg setiap kali aku nak senamrobik, husband aku dah setuju nak jaga anak2 selama sejam sepeninggalan aku. Sebenarnya tak la perlu jaga apa pun. Semua pakat2 tidur je… Aku decide nak naik kereta sbb in case takde sapa kat padang, senang je aku nak patah balik. Taklah segan aku nak menapak sorang2. Aku lalu depan rumah jiran yang conduct senamrobik tu - Kak Norol namanya… Tengok2 dia tengah gardening? Aik?? “Apa sudah jadi dengan senamrobik? Takde ke?” Tanya aku kepada K. Norol. “K. Norol dah ke sana… takde orang pun.” Hmmm… nilah masalahnya. A bit lack of commitment. Bukan apa, kita kaum ibu ni payah sket… Kadang tu terpaksa cancel last minute sbb anak meragam la… demam laa… and one more reason, ramai jugak yg tak tau tentang aktiviti ni dah disambung balik. Last2 K. Norol ajak aku berkebun ngan dia. “Kot nak keluar peluh…” katanya. Aku no hal… setakat nak mencangkul gali lubang nak tanam 5 6 pokok tu, kejap je aku boleh siapkan. Tapi last2 aku saja ajak K. Norol main badminton. Dia pun set je… Kitorg main dekat kawasan padang, dengan harapan ada lagi yang datang nak join senamrobik, dan akan nampak kitorg kat situ. Berpeluh jugak la… sambil main sambil berborak. Dah lama aku tak main badminton. Ada la dalam 8 tahun (sepanjang usia perkahwinan tu…) How much I miss badminton… coz this was my kind of game, apart from hockey. Nak kata hebat sangat tu takde laa… Tapi cukup jugak la utk jadi wakil A-Level dan PPP ITM untuk PESUMA (Pesta Sukan Matrikulasi) ;)
15 minit jugak la kitorg main, barulah nampak kelibat sorang jiran ni muncul. Kak Maz namanya - kat tempat aku tinggal ni je ada 6 7 orang nama Maz/Mas (ni setakat yang aku kenal!) Terpaksalah aku beralah… suruh panggil aku Mazny. Elok la jugak tu… Nama ni pun sinonim ngan aku masa zaman belajar dulu. Kak Maz yang first time nak join senamrobik ni pun hampa je… sbb aktiviti terpaksa dibatalkan kerana tak cukup korum. Sudahnya K. Norol suggest kitorang breakfast kat rumah dia. Hmmm… turunkan berat badannya takde, lagi nak menambah ada! hehehe…

Masuk je rumah K. Norol, aku terpaut hati dengan suasana ruang tamunya. Dengan hiasan dalaman yang lebih cenderung kepada konsep Modern & Simple English, ruang tamunya tampak cosy, comfy and welcoming. Rumah k. Norol ni corner lot, jadi ada dua tingkap kecil di ruang tamunya. Cahaya matahari menerobos masuk melalui tingkap2 tu, yang cuma disaluti langsir sheer bercorak tumbuhan. Perrgghh! Suasananya mengimbau suasana ruang tamu di sebuah kediaman di England! (kak Norol kalau baca jangan kembang lebih2 tau…. hehehe :P ) Yang pastinya, hiasan ruang tamunya benar2 menambat hati aku, dan mendatangkan semacam perasaan nostalgia kepada aku… Ni la gambar ruang tamunya:

Suasana ruang tamu yg menggamit nostalgia...

Suasana ruang tamu yg menggamit nostalgia...

Lepas tu aku dan kak maz dijamu dengan pulut+ikan pekasam, dan juga laksa. Alkisahnya, pulut+ikan pekasam tu merupakan menu sarapan pagi sempena kuliah subuh di surau. Pulut ada lebih, so husband K. Norol bawak balik rumah. Husband aku yg sponsor ikan pekasamnya (my husband is from lenggong - a place of origins of the best ikan pekasam in M’sia), dan aku yang menggorengnya subuh2 tu.. Habis licin ikan pekasam goreng. Kat rumah k. Norol, kitorg goreng lain. Sedap jugak rupanya… aku pun tak pernah cuba sebelum ni. Kat rumah sendiri ada, alih-alih makan kat rumah orang. Apa daa…. ;)
Makan, sambil minum teh dan berbual dengan kawan-kawan… I really enjoyed that moment! A moment of my own… tanpa kehadiran dan riuh-rendah anak2 yang sering membuatkan perbualan aku terganggu, rasa free… tangan pun free, takde nak dokong si Marwan (rasa kekok, like somethin’s missing pun ada…) Sebelum ni aku tak berpeluang menikmati waktu sebegini… dapat lupakan sebentar tanggungjawab aku kepada anak2, keluarga, dan suami… It’s just me… Me alone! For me… that was considered as something luxury. Yup! Wanita lain yang bekerja, mungkin ada banyak masa untuk diri sendiri masa di tempat kerja - waktu breakfast, lunch, minum petang… Tapi aku, pagi petang siang malam, sentiasa dikelilingi oleh anak2 yang masih kecil… yang banyak kerenahnya, yang belum betul2 mengerti tentang masa… Pendek kata, takde istilah bersendirian utk aku… kecuali dalam bilik air. Tu pun kadang2 anak2 aku dok ketuk pintu la, si kecik menangis la… Kelam kabut aku sudahkan urusan dan keluar! hehehe…

Aku patut luangkan lebih masa untuk diri sendiri sebegini. Tak dapat kerap, seminggu sekali pun jadilah… Teringat aku macam dalam drama “Desperate Housewives” yang mana Lynette, Bree, Gabriel, Susan selalu berkumpul minum petang sesama sendiri… melepaskan lelah seharian menguruskan hal-ehwal rumahtangga, suami dan anak2… Thanks k. Norol and k. Maz for the experience… Seems like small thing, but I do consider it as a big deal. It was truly a moment of my own, a moment of luxury…….

“enjoy each and every moment of life… kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.. yang tinggal hanya memori dan nostalgia untuk dikenang…”

~Mazny, Syawal 1429H~

October 13th, 2008

My Pursuit of Happiness

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam all…

Sebenarnya aku baru lepas tengok movie “Pursuit of Happyness” lakonan hebat dan mantop Will Smith. Actually, this isn’t my first time watching it - my 4th times. Dan aku masih tak jemu menontonnya. Makin aku tgk, makin aku dpt digest maksud dan scriptnya. Dan setiap kali tengok, aku takkan missed utk bergenang air mata… (the first time, meleleh jugak la air mata aku ni). Sedih woo… kalau kita amati dan hayati betul2 pengorbanan seorang bapa yg ditunjukkan dalam movie ni. Esp. masa dia terpaksa tidur dalam toilet after being homeless, dan masa dia diberitahu yg dia berjaya diterima bekerja di firma/company tu.

 Aku paling suka di mana Chris Gardner cakap, lebih kurang begini: ”Is happiness is something that we can only pursue, not something that we can actually have?” Dalam maksudnya tu. Bagi orang yang tak merasa hidup susah, dan selalu beruntung dalam kehidupannya, mungkin tak rasa apa sangat menonton cerita ni. Tapi kpd orang yg baginya “Life is an endless struggle”, pasti dapat menyelami perasaan kekecewaan, terdesak, terbeban, kesedihan yang dialami oleh watak Chris Gardner tersebut.

Kita semua impikan kebahagiaan dalam hidup ini. Tapi bagi sesetengah orang, kebahagiaan dan keinginan melihat apa yg diimpikan tercapai seakan samar2… dan tak tergapai dek tangan. Senang kita tengok contoh berikut:

Si A: Bergaji besar - anak tak ramai - mak bapak orang senang - senang pula dapat tawaran melompat kerja yg menjanjikan gaji yg lebih lumayan - hari ni kata nak beli something, esok lusa dah dapat

Si B: Asal dr keluarga susah - gaji kurang dari A w’pun mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman kerja yg sama - banyak tanggungan - sangat perlukan kerja lain, tapi susah nak dpt kerja baru - berangan nak beli something, dah 2 tahun pun masih tak terbeli2 lagi

Itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi senario yg dpt kita lihat dlm kehidupan kita. Anda juga mungkin mengalami pengalaman dan nasib yg serupa… Tapi, whatever it is… bersabarlah dengan dugaan Allah sbb Allah tak akan menduga kita dengan apa yg tak mampu kita tanggung. Maknanya, klu besar dugaan yg kita hadapi, kita ni mempunyai daya tahan dan kesabaran yg tinggi dalam mengharungi kepayahan hidup. Semua ni akan menjadikan kita seorang individu yg lebih cekal, kental dan kreatif dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan mencari jalan keluar dari kemelut kehidupan yang kita hadapi. Everything happens for a reason right? Sabar…. tabahkan hati dan jangan putus asa dengan kehidupan dan rahmat Allah…

Bagi aku, my pursuit of happiness ialah mencapai kehidupan di mana “money will never be an issue!” Teringin nak beli apa, beli… Kalau ada kawan/sedara mintak tolong… selamba je cucuk duit dari ATM. Boleh bagi the best for my children esp. in their education, health etc. I’m happy with my life now… no doubt about that. I have a wonderful marriage, and blessed with 3 wonderful kids - raising, educating and taking care of them on my own, understanding and loving parents, surrounded by family members that care… Alhamdulillah… But, achieving monetary freedom will definitely add to the list. In fact, will complete the list!

Aku masih menunggu saat itu tiba. Harapnya very soon… so that i’ll have more time to enjoy my life (klu dipanjangkan umur…) Masa tu, tak ada lagi plan yang tertangguh, permintaan yg terpaksa ditolak, hutang yg tertunggak, pening kepala disebabkan memikirkan masalah duit and so on. Harapnya dengan duit yg banyak juga, aku akan dapat beramal… memberi kepada yg tiada, especially kepada sanak saudara yg susah… yg sekarang ni aku hanya mampu tengok je kesusahan diorg tanpa dapat membantu dan menghulur serba sedikit.. Semoga Allah dapat segera memperkenankan doa aku siang malam ni… Amin….

So, bagi anda semua, apa pula yang anda kejar? Apakah “your pursuit of happiness?”