~Bicara Kehidupan~

September 7th, 2008

This is my life - Part II

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam semua…

Rasanya masih belum terlewat utk aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK… Selamat menjalani ibadah puasa, selamat bersahur dan berbuka. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yg lepas, dan menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita, terutamanya dari segi Rohaniyyah dan hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita sesama manusia - keluarga, jiran tetangga, dan rakan2. Bulan ini dijanjikan pahala yg berlipat ganda bagi mereka yg beramal soleh, dan pintu rahmat dibuka seluas2nya bagi hamba yg mahu mengambil peluang ini utk menambah bekalan diri ke akhirat nanti… Jadi, janganlah kita berat sangat utk menunaikan solat sunat tarawikh dan memperbanyakkan bertadarus i.e. membaca Al-Quran. Ambillah juga peluang mendapatkan pahala2 sunat dengan bersahur, dan berbuka mengikut sunnah iaitu dimulai dengan buah tamar. Itu sedikit peringatan utk kita bersama…

Ok, back to the topic. Seperti yg pembaca dah sedia maklum, aku ni seorang homemaker - bekerja dari rumah. So, I’m living an unconventional life. Not a typical life for so many women nowadays yang berkarier, makan gaji, pagi2 dah keluar rumah ke pejabat, dan dah terpaksa kejut anak2 utk dihantar ke taska atau rumah penjaga dan seumpamanya. Dari satu sudut, yes, I’m very lucky to have such life! Sekarang pukul 7.05 pagi, hari Isnin dan aku sedang menaip post ni, sedangkan wanita2 lain di luar sana sedang kelam kabut bersiap ke tempat kerja, atau dah dlm perjalanan ke tempat kerja, sedang tersangkut dlm kesesakan lalulintas. Hari ni aku rajin sikit nak surf internet awal2 pagi lps Subuh ni. Kalau rasa tak rajin tu, aku masih boleh tidur sampai pukul 9, atau selagi anak2 aku blm bangun! ;) Bestnya…. jangan jeles ha! Tiap2 pagi takde istilah tak cukup tidur la, letih la, dan tiap2 malam Ahad, takde ungkapan "Ala…. esok dah nak kena keje…" (Even my hubby always says that!)

Bila siang pulak, aku habiskan masa dengan jaga anak2. Mula2 kisahkan hal Munaa nak ke sekolah. Lps dia naik bas pukul 12 tghari je, baru aku concentrate more on my two boys. Sambil tengok Wanita Hari Ini, aku baring dan menyusukan (breastfeed) Marwan. Dia dah tidur nanti, senang aku nak buat keje lain pulak. Then barulah aku ke dapur utk masak lauk lain utk dinner, atau mengemas rumah, angkat kain di jemuran, lipat kain etc. etc. etc…. Sesambil tu, aku surf internet, cek kalau ada order from my e-shops, atau curi2 chatting kat my neighbourhood network -SaujanaUtama3.com Aku ambik jugak masa utk mengajar Mu’az ABC, recognizing and tracing the alphabet –> this is the main reason aku tak keje, utk mendidik sendiri anak2 esp. throughout their most vital and fundamental years in life i.e. the first 6 years. So, sesibuk mana pun aku kena gak disiplinkan diri utk ambil masa utk mengajar dia his basic education, dan juga informally, the lesson of life - manners, religion, speech, social relations etc.

Masa berlalu begitu cepat. Sedar2, dah pun petang. Klu tak hujan aku bawak anak2 main kat luar. Aku bertuah sbb sekarang dah duduk rumah teres. Dah ada laman yg luas. Sementara Mu’az naik basikal dan main, aku berborak dgn beberapa org housewives yang lain… Maghrib, husband aku balik, then we have dinner, solat berjemaah etc, then tengok TV sambil anak2 spend masa dgn ayah diorg pulak. Kul 10 paling lewat aku suruh anak2 tidur, dan aku kekadang berjaga sampai pukul 2 pagi… Aku mmg selalu tidur lambat. Kadang tu aku tgk late night show, kadang still borak2 dengan husband, kadang tu just nak menyiapkan kerja2 rumah yg tergendala siang tadi sbb Marwan yg masih baby tu takde idea tentang masa! Ada masa, asal aku nak ke dapur je dia nangis. Tapi selalunya, dia boleh main sorang2, dok golek2 depan TV tgk kartun (at the moment, he enjoys watching Wonderpets and Blue’s Clues :) ) So, takde masalah utk aku buat kerja2 rumah.. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku anak2 yg tak banyak ragam. So, that’s it! This is my daily routine (yg dah diringkaskan). Sesibuk wanita yg bekerja di luar sana, tapi jadual aku fleksibel. What a life!

Tapi, being a homemaker ni ada jugak tak bestnya. Biasalah… tak ada apa2 pun yang sempurna dalam hidup ni. Contohnya, takde duit yg banyak dalam purse… or in my account, kurang peluang bersosial dengan rakan2 sebaya dan seangkatan.. yang mendengar aku bercakap hari2 adalah anak2 aku! Bayangkan, Mazny yang banyak bercakap ni… sekarang sehari berapa patah sangat la yg dituturkan. Yang jadi pendengar paling setia hanyalah anak2… Tapi sebabkan aku banyak bercakap dengan diorg, dalam bahasa yang betul (bukan pelat2) sbb tu anak2 aku klu bercakap bunyinya macam org besar! :) Mu’az tu, baru 3 tahun, tapi guna perkataan spt "walaupun" - contohnya: "Ye laa… w’pun Mu’az ni dah besar, tapi ibu la tolong pakaikan seluar Mu’az.." Itu yg dia jawab klu aku suruh dia pakai seluar sendiri.. Kadang2 tu, dia akan cakap "Indahnya hari ini… Mu’az suka semua keluarga Mu’az…" Tapi sebutan dia masih ada yg tak betul lagi. Sayang = tayang, keluarga = taga, bawak = dawak. Kids.. :) Keletah diorg mmg menghiburkan. Tapi time buat perangai… sabor je la…

With my husband being the only breadwinner in my family, money is always an issue. Bukanlah takde duit nak makan pakai… So far, Alhamdulillah… dah ada kereta, rumah teres, makan sedap2. Tapi, kami masih belum mencapai Financial Freedom. Ada benda yg terpaksa dilupakan sbb peruntukan tak cukup. Tak dapatlah nak pakai handphone mahal2, canggih-manggih.. tak dapatlah nak beli kereta yg lebih besar (macam my dream MPV - Mazda Premacy/ Toyota Wish).. Semua tu tak dapat dipenuhi sbb kena dulukan perkara2 yg basic. Kadang2 tu, anak2 mintak something, toys contohnya, terpaksa kata NO sbb harganya mahal. Kesian jugak diorg… tapi the advantage is aku tak spoil kan diorg sbb selalu ikutkan je kehendak diorg, dan senang2 diorg dapat apa yg diorg mintak. So far, anak2 aku faham kalau aku kata benda tu mahal…tak pernah lagi la diorg berguling2 nangis kat shopping mall, nak jugak mainan tu, dan aku bagi alternatif yg dalam kemampuan kitorg.

Dengan keadaan hidup aku yg agak berbeza dr typical women, turut mempengaruhi pandangan aku terhadap kehidupan. Aku melihat kehidupan dari perspektif dan sudut yang berbeza. Aku appreciate money/rezeki yg Allah bagi, my kids, my spare time more… Dalam dunia sekarang yg semakin bersifat materialistik ini, kita tak dpt lari dari soal duit. Mmg money is not everything, but with money, lot of things could be done! Aku turut terkena bahangnya. Dah ada degree, yg patutnya boleh digalang gantikan dgn wang (klu bekerja), jadi bila choose not to work, it put more pressure on me compared dgn klu kita mmg tak ada kelulusan. Bila ada financial constraint, tensen jugak sbb aku tak dapat nak menolong. Tapi, apa yg boleh aku buat ialah jangan menambahkan lagi masalah. Ye laa.. klu dah bulan tu budget tight, janganlah pulak kita si isteri ni meminta2 nak tukar langsir baru ke, nak beli barang kemas ke etc. Aku biasanya beli apa yg aku kategorikan sebagai "kehendak" dgn duit aku sendiri… biasanya barang2 dekorasi rumah, pokok dan pasu nak lengkapkan taman kitorg… Hmmm… fikir2 balik, most of my money habis kat rumah! Maklumlah, aku baru pindah rumah ni genap setahun, so banyak lagi la yg nak dilengkapkan dan dihias. Hasilnya… aku rasa membanggakan la bagi aku. Ala2 IMPIANA gitu! (perasan! hehe…) Takpe… nanti klu berpeluang aku akan sharekan gambar rumah dan laman aku kat friendster ni..

I love to spend my money. Sbb tu lah aku akhirnya buat bisnes internet dan menulis sbg jalan utk menjana income dari rumah. W’pun duduk di rumah, ada banyak cara sebenarnya utk kita generate income and being productive as well (bukan productive buat anak je… ;) ) Sbb tu kita tengok ramai wanita yg duduk di rumah buat kerja2 ambil upah menjahit, menulis buku/novel, berniaga kecil-kecilan dan seumpamanya. Bab ni, kita akan discuss later… dan nantikan kemunculan buku kedua aku "Panduan Untuk Wanita Bekerja dari Rumah" yg sekarang ni tengah tunggu queue utk diterbitkan. Maybe early next year insyaAllah… Aku harap dengan kerja2 yg aku buat dr rumah ni, aku dapat mencapai financial freedom… kalau pun tak jadi jutawan macam sifu/mentor aku Irfan Khairi (jutawan? For me, a very long way to go…). He inspires me to start my web based business, after reading his book - Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar. Aku rasa kalau aku dah be financially free, aku takkan berangan2 lagi nak mintak keje.. I wouldn’t ask for more. Itu akan menjadi rahmat terbesar dlm hidup aku - dapat membesarkan dan mendidik sendiri anak2, dan dlm waktu yg sama have money full in my pocket! Memang heaven… :)

Till my next post, Adios! Sama2lah kita renungkan maksud hadis di bawah ini:

Sabda Rasulullah, maksudnya: Siapa menyintai dunia dan mengagungkannya, hilanglah ketakutan terhadap Akhirat dari hatinya.

~ Mazny ~



3 Responses to ' This is my life - Part II '

Subscribe to comments with RSS

  1.    Nana said,

    on September 13th, 2008 at 8:59 am

    Mak Aiii…panjang nya makcik bercerita…Seronok baca..Ceritalah lagi… :)
    Ada masa, emel la pasal potty training ye..

    Selamat maju jaya kepada surirumah seluruh Malaysia!

    p.s: dalam Al Quran, Allah ada perintahkan isteri2 supaya tinggal di rumah. Dalam hadis, banyak disebutkan kelebihan wanita yg mendidik anak & mmbuat kerja rumah dengan tangannya sendiri. Itu tandanya, Allah&Nabi saw sangat sayang pada wanita yang tinggal di rumah. Beruntunglah wanita yg mempunyai ciri-ciri tersebut :)

  2.    Mazny said,

    on September 15th, 2008 at 10:45 am

    hehehe… akak klu dpt bercerita mmg panjang berjela! Tu pun dah cut short. Klu tak 3 hari 3 mlm pun tak abis!

    Alhamdulillah… beruntunglah kita kerana tergolong dlm golongan wanita yg mengikut sunnah dan disayangi Allah… tak gitu cik nana? :)

  3.    sapiah hussien said,

    on October 21st, 2008 at 12:03 am

    Alhamdulillah.

Leave a reply