~Bicara Kehidupan~

August 28th, 2008

This is my life… Part I

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam perkenalan kepada yg membaca…

Sepertimana yang anda semua perasan, nama blog aku ni “Bicara Kehidupan”. So, aku boleh berbicara tentang apa saja yang berkaitan dengan kehidupan;

family life-social relations-motivation-life stories-religion-etc,etc,etc…

The topics are unlimited! Dan akan ditulis dgn gaya santai dan dwi-bahasa. So, sebagai mukaddimah, kita akan mulakan dengan “my life” dulu. Berbicara tentang kehidupan aku… biarlah aku perkenalkan diri aku dan ceritakan kehidupan serba sedikit…

Bagi yg dah kenal aku, no doubt yang aku mmg seorang yg kuat bercakap, meriah jugak orangnya bila bersembang dan ada terlalu banyak benda yang nak diceritakan. Kadang2 tu sampai terulang cerita yg sama beberapa kali… Biasalah… kita manusia punya kekuatan dan kelemahan, ada baik dan ada juga buruknya.. We just can’t please everybody. Ada yg senang dgn cara kita, dan mungkin ada juga yg tak berapa gemar dengan cara kita. Tapi so far, aku taklah termasuk dlm lingkungan org yg “tidak digemari”… Bila aku bercerita, mesti dengan sepenuh perasaan dan sepenuh gaya… sampaikan ada sorg room-mate kata, “Ko ni, padahal cerita pasal dokumentari National Geographic” je.. pasal anak2 cheetah cari ibunya… tapi dah jadi menarik sampai kitorg ni leka dok dengar dari mula sampai habis!” Itu komen dia yg sampai sekarang aku masih ingat w’pun dah 12 tahun berlalu…

Well, that was me… masa zaman belajar dulu. Tapi sekarang kehidupan aku banyak berbeza. Most of the time… aku habiskan masa “ALONE”… Loneliness is my middle name… heh heh… I was a full time housewife, tapi sekarang since aku dah buat bisnes internet dari rumah, dan had kickstart my career as an author… bila org tanya aku kerja apa?, aku akan jawab “saya bekerja dari rumah”. This definitely boost my confidence and self-esteem… again. Kenapa dah belajar tinggi2 tapi tak kerja? Below is the reason why…

Munaa, Mu'az & Marwan

Munaa, Mu'az & Marwan

Inilah sebabnya: MY KIDS… they’re my precious, my sweetheart. Ke mana saja aku pergi, aku bawak diorg ni… tak pernah la nak tinggalkan kat kampung ke, kat parents ke, kat jiran ke, kat maid ke (cos I don’t have one… hehe…) Kenalkan, yang sulung, my daughter, my princess, ‘ALIAH MUNAA (means “Impian/Cita-cita Yang Tinggi”), 7 years old. She reflects her mother’s dream… yg tinggi menggunung, yang akhirnya tak kesampaian (for those who know - sejarah hitam 1998). Dan semoga dia juga akan mempunyai impian yang tinggi utk berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat… InsyaAllah.

The second one, my first son, anak harapan untuk menjaga ibu ayah bila tua nanti, MU’AZ AMREE (means “Yang Dilindungi, Yang Memakmurkan”), 3 years old. Semoga dia sentiasa dilindungi dari sebarang anasir & pengaruh buruk, dan dari godaan dan tipu daya syaitan, dan akan menjadi seorang insan yang kehadirannya disenangi baik di dalam keluarga, rumahtangga & masyarakat.

And, the latest addition to my family, the last but not least, my baby, my comel-comel, my manja, AMEEN MARWAN (means “Yang Dipercayai, Yang Bermaruah”), almost 7 months old. Dah nak pandai merangkak :) Semoga dia akan menjadi seorang yang amanah dalam segala urusannya, dan dengan sifatnya itu akan dapat menjaga maruah diri dan keluarganya, dan menjadi seorang yang sangat mementingkan maruah, nama baik, dan integriti. InsyaAllah….

Memberi nama yg baik adalah permulaan… disusuli dengan panggilan yang baik. Aku tak singkatkan nama diorg. Aku panggil diorg dengan nama diorg yg ada maknanya, semoga nama tersebut menjadi doa sepanjang hayat. Selebihnya adalah didikan dan penerapan nilai2 agama dan moral yang baik, dan doa yang dipanjatkan kepada Allah agar mereka terpelihara hidup mereka di dunia dan akhirat… Amin..

Kerana tidak sanggup meninggalkan anak2 di bawah jagaan dan asuhan orang lain membuatkan aku nekad utk bekerja dari rumah. Walau betapa besar dugaannya, akan aku harungi… Maklumlah, jalan yang aku pilih bukan jalan “konvensional”. Makan gaji, setiap bulan dah tentu certain amount of RM ada dalam tangan. Aku pula terpaksa mengharapkan untung jualan, duit royalti yang tak menentu. Tapi tak apa… yang penting aku puas dapat melihat anak2 membesar di depan mata dan dibentuk dengan acuan yang aku pilih, dan dicorakkan dengan warna dan corak yang aku mahukan. Suatu kepuasan yang tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata…….

Dah panjang berjela… see… aku mmg suka bercerita! So, till my next post, take care all!

~LIFE IS GREAT, NO MATTER HOW HARD IT CAN BE…~

Salam perkenalan : ~Mazneera~

August 20th, 2008

20/08/2008 - the beginning

Posted by bicarakehidupan in Uncategorized

Salam semua…

Welcome to my blog… created on this very special date 20.08.2008… on my birthday! It’ll be a a place for me to share my views and thought about anything & everything under the sun…

Today is just the intro… tomorrow and so on will be the stories… So guys… the warmest welcome to my blog!

Mazneera… 20.08.2008 :)