“Sayang anak tinggal-tinggalkan…”
Salam…
Dah terlalu lama aku tak berpeluang update blog aku ni, w’pun terlalu banyak yg nak aku perkatakan. Maklum saja la… blog aku ni pasal kehidupan, so, anything under the sun could be the topics! Tapi semuanya aku simpan je la dulu dalam otak aku ni… kalau tak terlupa la.
Latest info in my life: Aku skang jadi caregiver. Apo tu? Dlm kata lain… pengasuh anak orang. Dipendekkan cerita, ada sorang jiran aku ni tengah dlm KPLI, utk 2 minggu ni dia kena attach ngan sekolah (boleh pilih dekat2 area rumah je) utk biasakan diri dgn suasana persekolahan. Dia ada sorang anak, sebaya Mu’az (3 yrs +) dan anak dia boleh main baik ngan Mu’az. Anak dia ni a bit pemalu, dan memandangkan dia anak tunggal, so manja la ngan ibu dia. Bukan jenis yang mudah mesra dgn orang baru kenal la… Tu setakat yg aku kenal dia. So last week, husband dia approach husband aku tanya klu aku boleh nak jagakan anak diorg. According to my husband, it’s up to me to decide. Ni bukan kali pertama sebenarnya aku diapproach oleh jiran dan kawan tanya kalau aku boleh jagakan anak diorg. This is the fourth time! Yang lain semua aku tolak mentah2 atas alasan semasa - being pregnant, then ada small baby etc etc. Aku juga tolak sebab aku ada komitmen lain, dan my own “work” to do. W’pun nampak aku ni macam surirumah yang tak bekerja and seems like being free and available, the fact is I’m actually “working from home”. Tapi tang ni orang tak nampak la. Ada masa aku kena keluar ke pejabat pos utk poskan order yang orang buat thru my business websites - MotivasiHaji.com and SoftwareForMuslim.com Sebab tu aku tak boleh nak commit utk jaga anak org. Reason lain ialah, aku dok rumah sebab nak mendidik anak sendiri, so aku malas la terikat dengan “other responsibilities that may deteriorate my main objective of not working, but staying at home”. Tapi this time, it was an exceptional case. Diorang berhajat sangat… and it will be just for two weeks, half day je… So, takpe la… aku boleh tolong kali ni. Anak dia pun baik budaknya. Memang ngam main dgn Mu’az. Mu’az pun seronok main dgn dia. Yang penting bagi aku, playmate anak2 aku mestilah bukan jenis yang “cepat tangan” i.e. suka memukul orang! Bab tu aku memang tak boleh tahan… Kalau tgk anak aku kena pukul dan kena buli ngan budak lain, aku memang angin! (Talking thru experience) Kalau budak jenis camtu… mintak ampun la.. I won’t unnecessarily invite “harimau” masuk ke rumah. Sound harsh?? Maybe… tapi the choice is ours right? Kalau kita tak being protective to our own children, who else will be?
Ok, back to the topic. Dari apa yang aku nampak dlm 2-3 hari start menjaga anak jiran ni, kalau kita (esp. the mother) nak bekerja… hati mau kering ye… Anak nangis pun, nak taknak kita mesti tinggalkan sbb kita ada other commitment to attend to. Budak ni pulak jenis kalau bangun tidur mesti nangis jerit2 cari mak dia, tapi nasib baik jugak la makan pujuk. Kejap je la dia nangis. Semalam aku cerita2 psl pengalaman jaga anak org kat husband aku, dia kata mungkin ni peluang utk aku tengok life from the working mom’s point of view. Aku kata kat hubby, I’ve been thru’ that situation laa… dia lupa kot aku pun penah kerja (jadi cikgu ganti utk 2 bln) dan aku pernah hantar Munaa ke nursery. So, I know exactly how it feels! Masa aku hantar Munaa dulu, dia siap dok kat balik grill, pandang aku dengan mata yang sayu sambil lambai aku. Dia pesan “Ibu cepat balik tau…” Sebak sungguh dada aku tiap kali tinggalkan dia. Maklumlah, dia tak biasa kena tinggal. Tapi Alhamdulillah, sekali pun tak pernah aku tinggalkan dia dlm keadaan dia menangis melalak. Ada budak2 lain yang aku tengok masa hantar Munaa tu, menangis la… kesian… Bila aku jemput dia, aku tanya2 la dia belajar apa hari tu. Dia yang masa tu baru nak masuk 3 tahun, dengan petahnya bercerita la… Just imagine, at that age, dia dah boleh menyanyi nasyid “Di Pondok Kecil” dan “Sepohon Kayu” dengan baik! Itu satu pengalaman hidup utk aku. Lucky for Mu’az and Marwan, diorg tak pernah lagi kena tinggal kat nursery. Not even once! Sebabnya aku dah jumpa apa yg aku suka buat - menulis dan “work from home”.
Dari sudut pandangan anak2 sendiri, I’ve been thru’ that stage as well. Aku dulu pun pagi2 lagi dah kena kejut utk dihantar ke rumah pengasuh. Luckily, aku tak perlu ke nursery yang mana bilangan pengasuh yg terhad tak mampu nak melayan kerenah individu kanak2 yang ramai. Aku dihantar ke rumah mak angkat aku, yang dulunya merupakan tuan rumah kepada rumah yang disewa oleh mak abah aku di Kg. Batu, Jalan Ipoh, KL. Rumah dua tingkat, tuan rumah dok atas, 2 unit rumah di bawah disewakan. Rumah style ni banyak terdapat di kawasan penempatan awal di KL yang lebih berupa kampung seperti di Selayang Baru, Kg Batu dll. Mak angkat aku jaga kami 5 beradik. So, kami tak la rasa miss sangat tak duduk rumah masa kecik2. Sebab kami masih ada keluarga angkat yg menjaga kami masa abah mak keluar bekerja. Abah aku pulak cikgu, jadi tak lama sangat la tinggalkan kami. Kalau abah mengajar pagi, tengahari baru pegi rumah mak angkat. Klu abah mengajar pagi, lepas subuh dah kena kelaur rumah la… Abah usung kami semua. Yang kecik duduk dlm “moses basket”, yg besar2 pulak dikejutkan bangun, dan sambung tidur dlm kereta. Itulah rutin kami tiap2 hari. Tapi Alhamdulillah, seingat aku kami semua tak ada yang menangis masa ditinggalkan. Mcm aku cakap, mungkin sebab kami dikira bertuah sebab ada rumah keluarga angkat, dan dijaga dengan kasih sayang. Anak2 mak angkat aku ada 5 orang. Yg paling bongsu pun 10 tahun lebih tua dari aku. So, diorg la tolong layan dan main dengan kami. Sampai sekarang kami masih menziarah mak abah angkat kami di Kg. Batu. Diorg pun dah 60+ dah. Kami takkan lupakan jasa dan budi baik mereka.

Kak Niza, Hj Alias dan Hjh Norsiah
Pernah la masa bersembang2 dengan beberapa orang dari kaum ibu di tempat tinggal aku, ada keluar topik pasal “nak kerja ke taknak”. Ada 2-3 orang yg kata “Tak boleh imagine nak duduk rumah sehari suntuk dgn anak2″ OR “duduk rumah setengah hari bila cuti pun dah rasa tak tentu arah, tak tau nak buat apa dah” etc. Aku as usual, my answer will be aku tak sanggup nak tinggalkan anak2. I just don’t have the heart to do so. Sebab tu aku sanggup korbankan cita2 aku sendiri, utk mencapai kejayaan peribadi dlm kerjaya serta mencabar potensi diri dan melihat sejauh mana aku boleh pergi kalau aku bekerja. And I end up being like who I am now… a full time mom, with no glamorous, career woman image or what so ever, with lesser friends and smaller social circle while most of my life being spent in the circumference of my own home and neighbourhood! But I’m definitely happy with my own choice. Happy to see my children grow right in front of my eyes, not to miss every single milestone that they have achieved, and to be the person credited for all their good behaviour and social intelligence
Sebenarnya apa yg Allah tentukan dah yang terbaik dah. Kalau semua wanita berfikiran mcm aku, sapa pulak nak jadi doktor (esp. Pakar Sakit Puan yg boleh memelihara maruah para isteri), nurse, cikgu dan bidang seumpamanya yang paling sesuai dipelopori oleh kaum hawa? So, kepada para wanita yang bekerja di luar sana, betulkan niat. Biarlah keluar bekerja tu kerana nak memenuhi tuntutan fardhu kifayah, nak membantu suami mencari rezeki, tidak mengundang fitnah. Jangan pula sesekali terdetik di hati yg kita takkan biarkan anak2 menjadi penghalang kepada kerjaya dan seumpamanya, sedangkan anak2 itulah yg membawa rezeki dan sinar dalam kehidupan berkeluarga. Jangan pula sampai anak2 yg merupakan amanah Allah kepada kita terabai… Renung2kanlah…
~Mazneera, Mac ‘09, Saujana Utama, Bandar Indah dan Permai~






